Followers

Tuesday, March 10

TIPS ATASI KEKECEWAAN PUTUS CINTA

1. Feel Your Feelings
Lagi banyak kamu fikir mengenai keburukannya, lagilah kamu terseksa. Jadi, fikirlah yang baik-baik sahaja. Apa kata kamu menulis? Luahkan rasa!



2. Move On!
Sudahlah kamu ditipu, kemudian ditinggalkan pula disebabkan kekasih baru. Sudah-sudahlah tu, jangan diingat cerita lama. Teruskan hidup kamu.

3. Gunakan Emosi
Apabila sunyi, emosi sering terganggu! Keluar! Jangan bersendiri. Walaupun tanpa kekasih tersayang, bersama teman mungkin lebih seronok!

4. Buang Semua Kenangan
Kuatkan semangat. Padam nombor telefon, sorok segala gambar, simpan segala pemberiannya. Out of sight, out of mind. Bukan musnahkannya, cuma ia salah satu cara kamu tidak melihatnya setiap hari.

5. Fun! Fun! Fun!
Tulis semua aktiviti. Apabila sedih dan sunyi datang, pilih satu aktiviti. Ini salah satu cara membantu kamu lupakan kenangan sedih walaupun untuk seketika harimu bakal terisi sepenuhnya. Lupakan dia!

6. Jatuh Cinta Lagi!
Apabila sudah sedia, atur langkah. Rancang temu janji bersama teman paling istimewa. Jangan tergesa-gesa, kamu akan tahu apabila tiba masanya.

7. Belajar daripada Kesilapan
Apa punca kamu berpisah? Elakkan tragedi 'pisang berbuah dua kali'. Dari mana datangnya punca itu? Kaji sebabnya dan usah ulangi silap serupa.
Kalau suka boleh LIKE....

2 orang nak bebel jugak:

Anonymous said...

tips amat beguna...

ina said...

bgus utk org2 yg bru putus cinta.. ;)