Followers

Saturday, May 9

20 kesilapan bercinta

  • Hampir setiap masa kamu akan cuba menghubungi si dia. Dalam sejam boleh dikatakan, 4 / 5 kali kamu akan menghubunginya. Bayangkanlah kalau dalam 24 jam? Emm... tentu si dia akan bosan dan rimas denganmu.

  • Kamu selalu merengek-rengek supaya si dia memenuhi permintaanmu. Misalnya di hujung minggu, sesekali si dia ingin juga beristirehat di rumah, tetapi kamu tetap mahu si dia menemanimu pergi membeli-belah.

  • Kamu menegur masakannya tidak sedap dan tidak setanding dengan masakan ibumu di kampung. Apa saja yang dimasaknya pasti tidak kena dengan seleramu. Sudahlah penat kerana mahu memenuhi permintaan kamu, sudahnya dikritik pula.

  • Kamu sering mengkritik setiap perkara yg si dia buat dan tidak yakin dengan kemampuan dirinya. Bagi kamu si dia tidak mampu utk melaksanakan sesuatu hingga berjaya. Apa saja yg dilakukannya serba tidak kena di matamu.

  • Kamu terlalu mengongkong pergerakan si dia. Hinggakan aktiviti yg ingin dilakukan bersama teman-temannya sekalipn kamu tidak membenarkannya turut serta. Kamu juga sentiasa mahu si dia melaporkn apa yg dilakukn sepnjang hari.

  • Kamu tidak bersetuju dengan pilihan si dia. Bagi kamu pilihannya itu agak ketinggalan dan tidak bersesuaian. Tetapi apabila si dia meminta kamu memilih sendiri, kamu hanya buat tidak tahu sja.. Buat dek jelah tuh!

  • Cita rasa kamu berdua x sama. Ini membuatkn kamu sering bertekak semata-mata ingin mendahulukn cita rasa masing2. Malah disebabkan perkara ini juga, berlakunya PERANG dingin antara kamu.

  • Kamu tidak pernah mahu menyertai si dia bersama teman2nya. Baginya, kamu perlu berkenalan dgn teman2nya utk menyesuaikn diri dgn keadaan, tetapi kamu pula tidak berminat utk mengenali teman2nya.

  • Kamu sering melarangnya memakai sesuatu yg dia suka kerana bimbang ada org laen yg akan tertarik. Misalnya, melarang si dia memakai pakaian yg dirasakn cantik dan membuatkannya tampak kacak dan menawan.

  • Kamu perasan bagus. Bagi kamu apa saja yang kamu buat, semuanya yg terbaik dan tiada siapa mampu menandingi kebolehanmu. Bukan itu sahaja, tidak cukup dengan membanggakn diri, kamu sering merendah2kn si dia dan membanding2kn dirimu dgnnya.

  • Kamu mahu semua perkara yg dilakukan oleh si dia mesti sempurna. Kalau ada sedikit yg cacat, pasti kamu memarahinya seperti dia buat satu kesilapan yg tidak boleh dimaafkn smpai bila2..

  • Kamu sering berperangai kebudak2kn. Walaupun umur bakal menginjak dewasa, namun sikap keanak2kn kamu sukar dikikis hingga membuatkn si dia ada kalanya berasa agak rimas...

  • Kamu lebih mementingkn kawan2 drpd si dia. Kamu sering memberi alasan shopping ataupn keluar bersama teman2 apabila si dia meminta kamu menemaninya.

  • Kamu terlalu mengikut kata ibu. Walaupn tidak salah, tetapi apa sja yg ibu kamu kata, semuanya diikuti tanpa sebarang bantahan. Sehinggakan ada kalanya membelakangkn si dia. Sekiranya si dia menegur kamu akn kata si dia tidak menghormati ibu kamu. Serba salah si dia dibuatnya..

  • Kamu suka membanding2kn si dia dgn org laen terutamanya teman lelakimu sebelum ini. Apa sahaja kekurangan yg ada pada si dia dijadikn alasan utk kamu meperkecil2knnya. Apa perasaan kamu apabila si dia membandingkn kamu dgn kekasih lamanya? Begitu jugalah perasaannya.

  • Kamu sering berasa curiga dgn kejujurannya. Walaupun si dia telah melakukn yg terbaik demi kepentingan bersama dgn sejujur2nya, namun kamu tetap tidak mempercayainya. Bagimu, apa yg si dia lakukn pasti ada muslihat tertentu.

  • Kamu sering memandang ke arah jejaka lain walaupun ketika keluar bersama. Bukan setakat pandang sahaja, tetapi siap dengan pujian lagi tu. Perrghh! Terbakar jiwa!! (ku penah lakukn ini) lalalalaa~

  • Kamu cepat naik angin. Pantang silap sikit, mulalah api kemarahan kamu m'gelegak. HInggakn smpai 'naik tangan' dan 'terbang' apa saja. Mahu berbirat satu badan. Kes dera ni!

  • Kamu terlalu berkira dgn alasan mahu berjimat cermat. Contohnya kalau keluar bersama, kamu mesti berkata, "Makan asing2, bayar sendirian bhd!" Bertapa kedekutnya kamu.

  • Kamu tidak reti bahasa. Masih tidak faham2 dgn apa yg si dia tidak suka. Sudah puas si dia menegurnya, tetapi kamu tetap melakukannya. Sikap keras kepala dan degil kamu sering mencabar dirinya. Awas! Takut nanti bila si dia hilang sabar, kamu pula yg sengsara.

Kalau suka boleh LIKE....

1 orang nak bebel jugak: