Followers

Monday, August 24

kejujuran vs kepura-puraan~~

Orang kata kejujuran itu penting dalam sesebuah perhubungan... Dari kejujuran lah akan lahirnya kesetiaan yang tidak berbelah bagi.. huh??

Dulu.., aku sangat mementingkan kejujuran... tapi.., kini tidak lagi.. Mungkin aku merasakan kejujuran itu hanya perlu wujud untuk sesetengah perkara sahaja..

Kepura-puraan dan kejujuran.... yang mana harus didahulukan? Bagi aku.., aku memilih untuk terus berpura-pura.. kenapa? Kalian semua boleh fikirkan ianya sendiri.. Setiap orang tidak akan pernah lari dari kepura-puraan (think about it)... Kebahagiaan orang lain adalah lebih penting dari segalanya.. Aku tidak pernah menyalahkan sesiapa di atas apa yang telah terjadi pada kehidupan ku yang lepas.. Aku hanya mampu berdoa agar aku terus kuat menghadapi segala ujian dan dugaan hidup.. Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagiaan dalam hidup aku... Really appreciate it...

Lately ini.., aku merasakan dan ia benar2 terjadi..! Semua orang seolah2 menyalahkan aku atas apa yang telah terjadi.. Aku malas nak ambil pusing benda-benda remeh seperti itu.. Bagi aku ianya telah pun terjadi.. Telah pun berakhir.. Untuk apa diulas lagi?? Untuk apa dijaja lagi cerita itu?? So.. aku decide... SILENT IS THE BEST DECISION... Sometimes.., bila kita terlalu banyak sangat buka mulut.., ianya akan menampakkan bertapa bodohnya diri kita.... ;)

Aku sudah tidak mahu mengimbau lagi akan perkara2 lepas.. Aku hanya ingin terus melangkah ke hadapan dan hanya akan menoleh ke belakang sekiranya aku melakukan kesalahan.. Ianya hanya sekadar peringatan buat aku supaya aku tidak melakukan kesilapan yang sama...

Aku hanya insan biasa.. Aku inginkan kedamaian.. Aku inginkan ketenangan.. aku juga inginkan dan impikan K.E.B.A.H.A.G.I.A.A.N....

Di kesempatan ini aku menyusun sepuluh jari comel aku ini.., memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap yang aku pernah lakukan terhadap kalian semua... Samada secara sedar atau tidak sedar... Aku hanya insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan....
Kalau suka boleh LIKE....

2 orang nak bebel jugak:

jai.jezz ^.~ said...

hidup ni lebih byk kepura-puraan dari kejujuran..

naMie said...

saye nk jujur....... :D
sebab saye suke oang tu... huhu...