Followers

Friday, July 29

Harimau Malaya Auuuummmmm!!

Skuad Harimau Malaya

Apakan daya.. Harapan seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya mara ke pusingan seterusnya dalam kelayakkan piala dunia akhirnya musnah.. Aku rasa seluruh rakyat Malaysia pada hari ini cukup sedih TAPI dalam pada masa yang sama kami semua berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya... Bukan senang nak melangkah masuk walaupun ke pusingan kelayakkan sahaja.. Ini piala dunia beb!!




Seperti semua orang sedia maklum, skuad Harimau Malaya kalah dengan aggregate 6-4 di tangan Singapura.. It's okay.. Bagi aku, dorang da cuba bersungguh-sungguh bermain.. Tapi apakan daya.. Nasib tidak menyebelahi kita.. Apa yang boleh dirumuskan dekat sini, pertahanan kita perlu banyak diperbaiki.. Tidak kurang juga dengan pemain-pemain tengah kita.. Aku salute lah dengan KFCH a.k.a APEK.. Dia telah kotakan janji dia untuk mempamerkan aksi-aksi cemerlang dan tangkas! SYABAS untuk skuad Harimau Malaya


Skuad Olympic

Tapi, kita jangan terlalu kecewa dan jangan terlalu alpa.. Kita masih lagi ada Olympic.. *blink blink*
Untuk Olympic qualifying, Malaysia kini berada di dalam Group C.. Aku rasa agak mencabar la jugak.. Dengan Jepun, Syria dan Bahrain...



21 September 2011 SYRIA-BAHRAIN

21 September 2011 JAPAN-MALAYSIA

2 23 November 2011 BAHRAIN-JAPAN

23 November 2011 MALAYSIA-SYRIA

3 27 November 2011 JAPAN-SYRIA

27 November 2011 MALAYSIA-BAHRAIN

4 05 February 2012 SYRIA-JAPAN

05 February 2012 BAHRAIN-MALAYSIA

5 22 February 2012 BAHRAIN-SYRIA

22 February 2012 MALAYSIA-JAPAN

14 March 2012 SYRIA-MALAYSIA

14 March 2012 JAPAN-BAHRAIN



Ohhh.. Tak sabar bai nak tengok dorang secara live.. tapi tapi, ini bukan skuad bimbingan Dato' Rajagobal tawww... Sama-sama kita nantikan aksi cemerlang mereka nanti! Okay bai!


p/s: Semalam dia call.. Yeeehoooo!
*wink wink*




 



***the end***



Kalau suka boleh LIKE....

2 orang nak bebel jugak:

eshie said...

dia yang call 2 siapa?

ina said...

ehem2.. u knoe who la.. hehe