Followers

Wednesday, August 31

Nuffnang Celebrates 6th Blog Day on 31 August 2011!!

Okay guys...! Let's list your 6 NEW BLOGS yang menarik minat korang sesangat.. Aku pun nak jugak join list kan 6 new blogs yang menarik minat aku.... Ini bersempena Nuffnang meraikan BlogDay yang jatuh pada 31st August 2011






Di sini, aku nak share 6 new blogger yang sangat menarik minat aku... Dorang dorang nie kalau publish entry baru aku mesti tak lupa nak baca... Okayy let's see... :




Aku pernah list kan belog dia dalam entry INI.... Kalau tidak silap perkiraan aku, dia nie baru hampir 3 bulan join dunia blogger nie.. Entry dia yang first time aku baca ialah INI.. Entry dia banyak menceritakan tentang pendapat / pandangan dia sendiri tentang sikap rakyat Malaysia mahupun bangsa-bangsa melayu.. Kekadang blog dia ada sedikit unsur-unsur kelakar yang membuatkan aku terus menerus membaca dari mula sampai akhir.. Walau apa pun, dia memang seorang blogger yang aku rasa ada masa depan cerah... Ecewahhh... Mungkin selama ini masa depan dia gelap sikit mungkin? keh keh keh


Okay NEXT!!





Blog nie pun aku da pernah share dulu dekat entry INI... Owner blog ini adalah seorang jejaka.. Blog dia nie ada unsur-unsur 18sx.. kah kah kah.. Kalau tidak silap perkiraan aku dia join dunia blog nie tak sampai setahun lagi.. Tapi, sekarang nie dia semakin jarang update entry.. Busy barangkali.. Dia jugak ada buat Fanpage kat Facebook.. Tapi seakan-akan tidak mendapat sambutan... Kurang update barangkali? eh bape banyak barangkali daaa...


Okay NEXT!




Owner blog nie adalah salah seorang daripada kawan aku.. Dia nie classmate aku dekat UiTM.. Dia memang gila punya orang.. keh keh keh Dia kalau kutuk orang kaw kaw punya.. Aku suka cara penulisan dia.. Ayat dia ada banyak maksud tersirat disebalik yang tersurat.. Tue yang buat aku suka baca setiap entry dia walaupun dia memang jarang gila update.. Dia buat blog memang sekadar suka suka.. Sekarang, dia sedang menjalani latihan praktikal di BOSNIA.. Orang pandai-pandai macam dia haruslah pergi praktikal kat overseas kannn...... Aku masih lagi ternanti nanti entry terbaru dari dia tentang kisah orang orang Bosnia menyambut puasa dan raya.. Hope dia dapat lah update nanti... TOlong lah beteque! pleasee shareee.. keh keh keh



Dah kenapa semua blogger jejaka je nie?? Mungkin aku lebih cenderung membaca blog jejaka dari blog gadis-gadis.. Gatal bukan? kah kah kah 


Okay NEXT!





Owner blog nie merupakan seorang cikgu sekolah tadika.. Cikgu sementara barangkali.. Aku belum habis godek lagi blog gadis ini.. Aku suka blog dia sebab dia banyak share tips tentang jejaka mahupun tips bagaimana gadis-gadis mahu alert dengan jejaka buaya darat.. Dia jugak seorang penyayang memandangkan dia sanggup menyahut cabaran menjadi seorang guru tadika.. Kalau aku., gaji 40 juta pun belum tentu aku sanggup.. Hoohooii nak jadi cikgu sekolah tadika okayy.. Memacam ragam bebudak kecik nie.. Tak kuasa aku nak layan.. kah kah kah!


Okay! Last! eh belum lagi laa





Aku baru jugak follow belog tomato kering nie.. Blog dia best.. Tengok header je dah tahu dia nie seorang yang comel comel.. Tulisan kat header tue macam budak tadika baru belajar menulis.. Comel! keh keh keh Kartun kartun yang dilukis sendiri pun comel comel belaka.. Simple.. Gamba orang lidi je pun.. Blog dia memang banyak menyentuh tentang personal life dia.. Best and cute! hek hek hek



Yeahh Last!





Owner blog nie merupakan seorang gadis yang merupakan cewek kawan sekolah aku.. Dia juga merupakan seorang graduan UiTM dalam jurusan Mass Com.. Sekarang dah ada kerjaya di mobTV.my... Blog dia memang betul betul personal blog.. Segala macam perkara yang dia lakukan akan ditempek di entry.. Yang paling best sebab dia suka pergi makan sana sini.. Tue yang buat aku rasa seronok nak baca blog dia.. Dia suka share harga makanan and express her opinion about foods yang dia dah makan.. and tidak lupa jugak dia suka share recipe! Try la view blog dia.. Hehehee



Korang korang pun blogger jugak kan? So, apa kata korang share 6 new blogs yang korang suka sangat baca.. Then, ceritakan sedikit kenapa korang suka bangat baca blog dorang tue.. So, apa tunggu lagi! Moh leh JOIN... Ingat before 31st August 2011, 11.59pm taaww korang kena publish entry! After dah publish tue jangan lupa isi form kat SINI.. Apa tunggu lagi!!



Nama dan email address terpaksa di sembunyikan.. keh keh keh




Okay bai! Jangan lupa view belog dorang ye..



p/s: aku duk taip benda jadah nie dari before buka sampai dah masuk isyak!
semua pasal tenet gampang!

 


 ***the end***



  

Kalau suka boleh LIKE....

Friday, August 26

13 aurat wanita / perempuan

Lately nie asyik post entry ala-ala Islamic je kan... Sempena menghormati bulan Ramadhan al-Mubarak yang hampir sampai ke penghujungnya tak salah kan? Entry nie jugak aku dapat dari email.. Saja nak share info dengan semua readers yang sudi singgah sini...




  • Bulu Kening - Menurut Bukhari, Rasulullah S.A.W. melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari


  • Kaki yang memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur ayat 31. 
  • Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah

  • Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang zaman sekarang hidung belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban


  • Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur ayat 31


  • Gigi - Rasulullah S.A.W. melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, 
  • Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah S.W.T. - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim



  • Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang dahulu.
  • Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang  Jahiliyah.


  • Muka dan Tangan - Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah S.A.W. dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
 

  • Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi


  • Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka  menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur ayat 31
  • Sabda Nabi Muhamammad SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandang yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi


  • Mulut (suara) - janganlah perempuan perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orangyang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah al-Ahzab ayat 32
  • Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang meminum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah

 
  • Kemaluan - dan katakanlah kepada perempuan perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur ayat 31
 
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat al Bazzar



Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah


  • Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwiayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah

  • Petikan dari Surah al Ahzab ayat 59 yang bermaksud "Hai Nabi-Nabi katakanlah kepada isterimu isterimu, anak perempuanmu dan isteri isteri mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali Lantaran itu mereka tidak diganggu.. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

  • Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/ membuka bahagian bahagian tertentu


  • Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim



Sekian setakat ini sahaja pelajaran kita kali ini ye kengkawan.. hek3 Memang agak susah nak jaga aurat wanita.. Sebab auratnya terlalu banyak.. Seperti yang kita semua sedia maklum cuma muka dan tapak tangan sahaja yang boleh dilihat oleh orang yang bukan muhrim.. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mengingati satu sama lain dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..



p/s: aku demam! demam raya!





***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

Wordless Wednesday.. Eh silap.. Wordless Friday laa! keh keh keh


Ada aku kisah?



 


 ***the end***


 

Kalau suka boleh LIKE....

Thursday, August 25

10 Jenis Solat Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T.

Kali nie aku nak share pasal solat pulak.. Ini antara email yang pernah aku dapat dulu sekitar tahun 2009.. Dah berzaman dah duk teperuk kat dalam hotmail aku.. Baru laa ini aku nak bukak and baca dengan penuh teliti... And aku jugak terjumpa sebijik entry nie dekat SINI...




Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T. antaranya:

     1.   Orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca sesuatu

     2.   Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat

     3.   Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya

     4.   Orang lelaki yang melarikan diri  (yang nie aku tak paham.. larikan diri dari apa?)

     5.   Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat)

     6.   Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya

     7.   Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung

     8.   Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya

     9.   Orang-orang yang suka makan riba'

    10.  Orang yang solatnya tidak menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar



Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solat itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W. T. dan jauh dari Allah." - which means kalau orang free hair tue even dia sembahyang pun, solat dia hanya akan menambahkan kemurkaan Allah S.W.T (tetiba teringat zaman2 dulu...)






Hassan r.a berkata "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu tidak dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.."



Sekian... Semoga info ini menjadi pedoman kepada kita semua dalam memperbaiki diri menjadi lebih baik....



p/s: pic dari ihsan google





***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH DIIJABKABULKAN

Info ini aku dapat dari email.. Just nak share dengan u'olls semua supaya dapat dijadikan pedoman hidup...

cam tak sesuai je aku letak gamba nie..

Perkahwinan seumpama ini, memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan semata-mata nak jaga nama baik keluarga....


Berdasarkan situasi ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila - BERNARKAH?


Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, dimana banyak persoalan lain yang timbul dari persoalan tadi. 


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya diambil orleh seorang gadis yang belum berkahwin tetapi telah disahkan hamil anak luar nikah?

Jawapan : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan                                               



Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?                    
                                                                   
Jawapan : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.                                      


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu..                                    
                                                                   


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?               
                                                                   
Jawapan : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
                
               
                                                   
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?    
                                                                   
Jawapan : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah                                                          
           
                                                       
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?                    
                                                                   
Jawapan : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.             
              
           
                                         
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?                                                          
                                                                   
Jawapan : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.        
                                                                   

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?                                          
                                                                   
Jawapan : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
             

                                                     
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?                                                      
                   
                                               
Jawapan : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf..    
           
           
Mafhumnya:                                    
Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam' 


Kesimpulannya, kita seharusnya jaga batas-batas pergaulan kita.. Sekiranya perkara ini terjadi pada saudara/rakan atau sesiapa yang dekat dengan kita., jangan sisihkan dia.. Bimbing la dia supaya dia tidak berterusan dalam keadaan zina..


Actually, aku baru je tahu yang orang hamil anak luar nikah nie tak boleh kahwin selagi baby tue tak keluar dari perut.. Aku ingat tak salah pape sebab lelaki yang bertanggungjawab tue sudi pikul tanggungjawab dia kan...


p/s: Islamic betul aku kali nie... hukhukhuk
 




***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

Tuesday, August 23

Secret Recipe sah HALAL

Awas.. Info ini dah berlapuk da pun.. Aku je kejadah apa tah boleh tetinggal..


Disebabkan aku tetiba rasa rindu nak makan cake, so aku view la website Secret Recipe.. Dah sah sah la aku memang tak de kerja kat office tadi.. Bukannya apa.. Boss besar besar semua takdok.. Duk pie perhabis cuti ambil half day.. So, aku pun jalankan lah tugas yang sepatutnya... kah kah kah




Walalupun dulu pernah kecoh pasal status Halal Secret Recipe nie, aku tetap nak tengok jugakk! Sekali, aku ternampak lah info yang dishare di website SR nie..


Kenyataan Secret Recipe

Yang sebenar benarnya.., Secret Recipe Cakes and Cafe nie tak pernah pun menempah atau membeli bekalan daripada Syarikat Puratos Malaysia... Dari apa yang aku baca kat kenyataan yang terpampang tue, Secret Recipe tue cuma generic name yang digunakan oleh Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.. So, disebabkan hanya word Secret Recipe tue, ramai orang telah tersalah anggap...



Oleh yang demikian.., *ecehh skema gila ayat* Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa Secret Recipe Cakes and Cafe tidak pernah menerima bekalan dari mereka..







Aku nak hilite chocolate indulgence je..



So., kini anda tidak lagi perlu ada rasa was-was untuk membeli dan merasa ke cafe Secret Recipe kerana ianya sah sah Halal dan telah mendapat kelulusan dari JAKIM.. So, apa lagi.. Birthday aku bulan November bai! keh keh keh




Selepas nie, kita semua sebagai blogger nie tidak perlu lah terlalu cepat menyebarkan maklumat yang sensitif macam nie.. Kaji habis habis dulu baru share dengan orang ramai.. Akibat tindakan kita itu, ianya bakal memberi sendikit impact yang agak besar kepada Syarikat itu sendiri.. Dah rugi da... Seperti yang terjadi pada product Simplysiti baru baru ini... 




p/s: Eh, Megan Fox tue perempuan ke lelaki? ke rumors je semua tue? #tetibe





***the end***





Kalau suka boleh LIKE....

Dosa sehelai rambut wanita

 

Lately nie banyak blog yang aku baca entry dorang berunsur tudung/ hijab.. trend or menutup aurat? Sampaikan si zackzukhairi tue buat status kat facebook.. and menimbulkan kekacauan peminat beliau 'betekak' kat situe.. keh keh keh



 *****************************************



“sehelai rambut wanita pabila dilihat oleh seorang lelaki makanya akan menangung dosa sebanyak 10 kali ganda..” MasyaAllah…


Terlalu banyak dosa tue.. rambut perempuan nie da beribu riban aku rasa.. kalau sehelai da dikira sebanyak 10 kali ganda.. Ya Allah banyak sungguh dosa aku dulu…



*****************************************




Sekarang nie, semua gamba-gamba free hair aku kat facebook mahupun dimana mana laman web social aku telah privatekan.. and slow slow akan didelete.. sebab sekarang aku tengah m'busykan diri membuat persiapan raya dengan poyonye!! Bagi aku, aurat bukan sekadar rambut sahaja.. Ianya meliputi kesemuanya.. Aku cuba untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.. Terima kasih kepada semua orang yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menegur dan mengingatkan aku.. 


Naahhh! Ini tuk korang.. keh keh keh




 **************************************


Tetiba aku rasa nak delete semua entry yang before before this.. tapi aku sayang gila entry-entry nie semua.. “okay! Kau nak tanggung dosa ke ko lagi sayang belog kau??” okayyyyy bai! T_____T 




p/s: compulsory leave for all staff have been approved by MD/CEO on 29 august and 2 September.. Oyeahh oyeahh… cuti seminggu! Belog pun akan becuti seminggu jugakk!


 p/s: gamba ihsan dari google...




***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

Monday, August 22

Short Update...

Happy moment! YNWA


Again

I like your style babehhh... YNWA!


waawaa comell.. npe u suke buat i cairr?? haha



I suka tengok you perform kat padang okayy..



Please play nice for the next match ye sayang sayang ku sekalian... Hope we will win and win and win and get the EPL title and ops coz try la dapatkan balik UCL Cup tue tuk season depan..! Mahu mahu mahu tahu???


p/s: rinie ada iftar dengan officemate.. tak taw la boss belanja ke or sendirian berhad... T___T


 


 ***the end***


 

Kalau suka boleh LIKE....

Sunday, August 21

Rindu saat itu..

Bila dah sampai tahun akhir nie, memacam la sweet memories timbul dalam benak otak fikiran masing-masing.. Seriously aku sangat rindu kelas kelas yang ada.. Nie lah kan manusia tak pernah bersyukur! Bila time belajar tak sabar nak kerja.. Bila da kerja rasa nak belajar balik.. To be honest, aku lagi suka pressure pasal assignment, presentation, test, exam semua dari dunia baru yang bakal aku ceburi tak lama lagi...



*********************************************


tak cukup lagi sorg ahli

Actually aku tetiba teringat pasal seorang lecturer kesayangan DELIMA.. eceehhh... Yang buat kesayangan tue bukan sebab apa.. Sebab kiteorang nie duk suka buat bising dalam kelas dia.. Ada je jawapan nak bagi.. Ada je alasan nak bagi setiap kali arahan diberi.. kah kah kah



*********************************************


Pernah satu ketika.. Time test.. Disebabkan kiteorang tak berapa nak study sangat.. So, we all decide nak cuba bodek lecturer kesayangan we all tue.. Bodek punya bodek..., lecturer nie setuju dengan cadangan kiteorang iaitu buat group test.. But dengan syarat.. we all kena jawab semua soalan.. Kalau jawab individu, just pilih 2 dari 4 soalan kalau tak silap.. Bila da kena jawab semua tue, memasing pikir tak payah buat group! Individu sudah.. Hentam keromoh je la.. After that, terus kena gelak dengan lecturer tue sebab we all semua jawab individu.. Memula punya semangat bodek! kah kah kah



*********************************************


We all memang suka sangat dengan class nie.. Coz sentiasa pressure! Setiap kali time class, mesti akan ada task untuk dipresent kan for the next class.. and tidak lupa juga dengan google every class.. and jugak kena baca IFN.. Kalau tak buat semua tue, confirm2 kena tolak DOT! Dot is something yang kiteorang kena collect for every class.. and ianya termasuk dalam markah assessment.. Siapa tak nak weyh?? Senang-senang boleh dapat 10 markah kalau kumpul banyak-banyak!



*********************************************

"Friends are the most important part of your life.. Treasure the tears, treasure the laughter, but most importantly, treasure the memories - Dave Brenner"



and now, kiteorang rasa sangat rindu dengan class lecturer ini.. Sebab macam mana susah pun, lecturer nie akan cuba buat sampai kiteorang paham betul betul.. Macam-macam cara dia gunakan untuk buat kiteorang semua minat + suka + paham and bepikir secara logic and maju kehadapan! Disebabkan beliau lah aku rasa jatuh cinta sangat dengan dunia banking nie.. Walaupun pada mulanya aku rasa susah course banking nie.. Walaupun kekadang tue aku rasa macam nak quit je!! Okay okay okay bai!




p/s: rinie bebuka Nasi beriani gam! nyummmyyy!




***the end***



Kalau suka boleh LIKE....

Thursday, August 18

BLOGLIST:: I'm a Silent Reader.....

Dalam banyak banyak belog, ada beberapa belog yang aku suka gila baca.. Kalau owner belog update je belog dorang, aku mesti baca walaupun kekadang je aku comment.. Walaupun aku tak pernah nak comment mahupun meninggalkan jejak! keh keh keh






Okay.. Aku rasa semua blogger kenal siapa Hanis Zalikha kan? Belog dia serious best.. Dia banyak bagi tips.. Banyak share information.. Dia merupakan salah seorang pelajar UiTM Segamat yang mengambil jurusan Diploma Business Studies.. Tapi, bila tengok belog dia, aku seakan tidak percaya bahawa usia dia awal 20 an... Sungguh matang cara penulisan beliau... SALUTE! Aku tahu belog dia nie dari kawan aku iaitu mamarazi terkenal.. keh keh keh








Owner blog ini adalah seorang jejaka yang pernah belajar di Jepun.. Dia sentiasa menceritakan perihal beliau ketika di Jepun.. Tidak kurang juga dia seorang yang suka mengimbau kembali kenangan era-era 90 an dulu.. Yang aku boleh jamin dia nie sebaya aku.. keh keh keh and tidak lupa juga dia rasa muka dia sekacak aaron aziz dan juga sangat meminati Lisa Surihani... Aku memang tak pernah miss baca blog dia.. Serious best.. Cara penulisan dia buat aku tertarik nak baca dari awal sampai habis cerita walaupun panjang bejela entry dia.. and dia nie suka sangat melukis.. kartun-kartun yang dia lukis kat belog dia tue menjadi ikutan ramai.. Dah jadi trend plak skang.. TAPI yang buat spoil pasal mamat nie ialah dia jarang hapdet blog da skang.. BZ jadi "engineer shell katenyee"







Siapa yang tak kenal dengan Cik Epal nie memang sangat rugi! Kalau blogger tue, blog tue da boleh delete da pun! keh keh keh Cik Epal nie suka share macam-macam.. and cara penulisan dia cukup teratur.. Cukup tersusun.. Kalau aku cikgu penulisan karangan ke hape ke, ops cos aku bagi A+ kan cara penulisan dia.. keh keh keh Kekadang tue aku terfikir.. Mana la dia dapat idea nak cerita panjang-panjang padahal topic nye kecik je.. lagi satu, blog dia banyak gamba! I likeeee! keh keh keh





Blog ini dimiliki oleh seorang pelajar UiTM Machang.. Dia nie, aku rasa satu Malaysia dah kenal dia.. Dia juga boleh dikategorikan sebagai blogger kontroversi jugak nie.. Pelbagai tohmahan yang beliau terima.. Walau apa pun, aku memang salute lah kat dia.. Dia memang sangat kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran yang datang.. Eh, blog dia best juga sebab banyak gamba! keh keh keh.. Cara penulisan dia juga boleh tahan.. Aku suka baca.. Biasa lah aku nie boleh jadi SILENT READER je.. keh keh keh








Owner blog nie aku tak berapa nak sure sangat dia belajar kat mana.. Tapi yang aku pasti dia memang seorang student.. keh keh keh.. Aku follow blog dia tak de la lame mana.. Baru-baru jugak.. Best belog dia. TAPI kekadang tue 18 sx tue yang tak boleh blah.. Otak dia dah takde benda nak pikir.. kah kah kah Tapi serious best tuk buat gelak gelak and release tension....






Seperti yang aku nyatakan di atas, aku nie memang silent reader.. Aku follow je.. Nak comment ke.. Nak tinggal jejak ke, aku memang tersangat MALAS! kah kah kah.. Blog mamat nie memang kelakar.. dah namanya pun tubelawak kan.. Dia suka share video-video bongok yang boleh buat korang gelak tanpa henti.. kah kah kah... entry dia tidak kurang hebat jugakk.. Kekadang ada masa-masa dia jadi serious jugak.. Siapa sangka kan?






Tengok header dia je dah buat aku rasa macam woo... Penuh maksud tersirat.. Bagi aku, dia cuba sampaikan "Ini belog aku suka hati aku lah..." kah kah kah... Aku kalau blogwalking blog dia tak pernah miss bagi Si Jongos makan.. kah kah kah.. Aku suka kartun yang dia selalu lukis tue.. Walaupun orang lidi.., mesti akan ada seekor haiwan yang terselit disebalik cerita kartun yang dia sampaikan.. Bila baca blog dia boleh buat aku rasa nak pecah perut.. Aku rasa dia memang sempoi orangnya... #tetibe






First time aku view blog dia, aku dah tegelak tengok header... Spongebob?! OMG! keh keh keh.. Aku suka isi dalam blog dia.. TAPI mungkin dia masih baru dalam dunia blog, aku boleh terima lagi lah.. Kekadang yang buat spoil mood aku bila view blog dia adalah cara penulisan dia yang suka sangat enter enter enter.. Ohhh aku pening nak baca cam tue.. keh keh keh.. Walaupun begitu, aku tetap baca.. Sebab isi best! Boboi gugurl.. kah kah kah memang tak boleh blah!







Nie blog yang paling latest aku follow.. Aku suka baca blog dia sebab dia banyak sangat kasi tips macam mana nak itu macam mana nak ini.. bla bla bla.... Entry dia buat aku nak cari lelaki kulit kerang! keh keh keh 






Baru gila aku follow belog dia nie.. SO, aku tak taw nak comment apa.. Entry dia sempoi je.. Pendek.. Tak panjang berjela-jela.. and selalunya akan buat korang tegelak sendiri.. and kekadang ada gak rasa cam nak sekeh je owner nie.. kah kah kah







Aku sendiri tak tahu kenapa aku suka baca belog mama kembar 3 nie.. Mungkin aku rasa sungguh bertuah nya mama nie sebab dia dapat anak kembar 3 LELAKI semuanya... Telatah anak-anak dia yang sungguh nakal buatkan aku rasa selesa untuk terus membaca dan mengikuti perkembangan tiga budak kembar ini secara senyap... hehee



Actually banyak lagi blog yang aku suka view secara senyap... Tapi cukup lah setakat ini sahaja.. Aku dah mengantuk.. and penat.. and nak tidurrrr okay baiii!






***the end***


 

Kalau suka boleh LIKE....