Followers

Thursday, August 25

10 Jenis Solat Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T.

Kali nie aku nak share pasal solat pulak.. Ini antara email yang pernah aku dapat dulu sekitar tahun 2009.. Dah berzaman dah duk teperuk kat dalam hotmail aku.. Baru laa ini aku nak bukak and baca dengan penuh teliti... And aku jugak terjumpa sebijik entry nie dekat SINI...




Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T. antaranya:

     1.   Orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca sesuatu

     2.   Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat

     3.   Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya

     4.   Orang lelaki yang melarikan diri  (yang nie aku tak paham.. larikan diri dari apa?)

     5.   Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat)

     6.   Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya

     7.   Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung

     8.   Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya

     9.   Orang-orang yang suka makan riba'

    10.  Orang yang solatnya tidak menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar



Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solat itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W. T. dan jauh dari Allah." - which means kalau orang free hair tue even dia sembahyang pun, solat dia hanya akan menambahkan kemurkaan Allah S.W.T (tetiba teringat zaman2 dulu...)






Hassan r.a berkata "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu tidak dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.."



Sekian... Semoga info ini menjadi pedoman kepada kita semua dalam memperbaiki diri menjadi lebih baik....



p/s: pic dari ihsan google





***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

5 orang nak bebel jugak:

nuruashia ♥ said...

yg lari tu nuru ase lari dr tanggugjwb kot..cm laki yg xbrtnggjwb thdpr family die..rasenyee laa...xtahu btol or x hek9!~

hafizudin said...

insyaAllah =)

kura said...

suka entry ni :)

saling mengingati..

ciksu said...

tq 4 info ina..
Alhamdulillah.. ina dh berubh pkai tudung & makin cntik.. manis gitu bila btudung.. marilah kt sama2 kekal dgn imej btudung n mjaga islam n diri ke jln Allah (",)

hamzah ian said...

terima kasih ingtkan saya ni..