Followers

Thursday, September 29

Spontaneous Thursday #2



Submission of final proposal  =  31 October  -  4 November 2011

End of practical training  = 18 November 2011

Presentation of findings  =  26 December  -  30 December 2011



Final report submission (for grading)  =  16 January 2012


Submission of mark Final report (CD)  =  23 January 2012






***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

Serious kali nie aku busy gila nak mamm!

Seriously kali nie memang aku tak tipu aku memang busy sesangat.. Semalam aku pergi jumpa advisor untuk berdiskusi pasal draft thesis aku.. Aku punya topic kena reject! Nasib ada second topic yang boleh backup.. and final proposal kena submit 31 october..! Bermakna aku hanya ada sebulan je lagi.. Hooii! Mana sempat wehhh!




So sekarang nie, aku kena banyak kumpul bahan.. Baca segala benda yang boleh dibaca.. Baca segala news yang berkaitan dengan islamic banking.... Ouuhh pening... Hope dapat 4 flat this sem.. AMIN... Okay bai!




 


***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

Wednesday, September 28

Wordless Wednesday #7



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kalau suka boleh LIKE....

Tuesday, September 27

In progress..............







Ada 3 + 1 entry sedang beratur.. Sorry aku tak boleh nak hapdet buat masa ini.. Sebab busy gegila dengan thesis! Semoga tajuk aku diluluskan advisor kesayangan.... Eccceehh!


Okay bai!




***the end***


 

Kalau suka boleh LIKE....

Friday, September 23

Apa pun tak boleh!


Sejak pakai nfon canggih nie memanjang nak post entry pakai phone kheeenn...


Sekarang nie aku tengah duk busy tengok orang hias booth raya...


Owh by the way, this becoming Monday we all ada open house untuk semua staff kat sinie..


So, nama aku tercampak dalam aktiviti melukis poster.. Bagi aku yang bukan berdarah seni nie, memang menjadi satu masalah besar laa.. Nasib baiklah lukis poster dalam group.. So, anda tidak perlu risau lagi! Hehheeee



Okaaayy bai! 

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kalau suka boleh LIKE....

Thursday, September 22

kaki pun kena tutup jugak


Ouuhhh waktu sekolah dulu tutup jugak laa... Sekarang?

Korang?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kalau suka boleh LIKE....

Tuesday, September 20

Khas buat ANONYMOUS





Comment 1 - 3

Comment 4 : 15 September 2011 Entry : I hope kali ni u layan la blind date...plzzz...sekali ni je :)

"hahahahhaha....ramainye yang ajak date ngn minah ni?hehhe ke u sorng je yg perasan...uweeekkkkk geli mak...."


Comment 5 : 19 September 2011 Entry : Wordless Wednesday.. Eh silap.. Wordless Friday la....

"kesiannye.. ape kes blog2...xteringin pun cek oi...ko da hangin sebenarnye kan..haha...ngn org lain aku boleh la jelas..tp ngn kau aku nak jeless??hah buang masa je beb..take care ye..lain kali aku comment lg...suka suki..."


Assalamualaikum w.b.t.


First.., Seriously aku tak paham apa yang kau nak sebenarnya.. Dah banyak sangat entry aku kau comment dengan id ANONYMOUS... Aku pasti dan yakin kau orang yang sama kerana comment comment kau bersambung dari satu entry ke satu entry yang lain....



Second, seriously aku dah penat nak baca segala macam comment kau yang tak pernah puas cuba menyakitkan hati orang or aku.. Honestly, aku memang terasa pada mula aku baca.. After that, aku cuba berfikiran positif.. TAPI sampai sekarang aku tidak dapat tahu apa motif kau buat semua nie..



Lastly, aku seriously dah penat nak layan kerenah kau.. Aku berharap semoga hati kau tue terbuka luas tuk memperbanyakkan amalan dan zikir... Itu lagi mulia dari kau duk baca entry / public diary aku ini... Aku buat blog bukan untuk kau baca.. Bukan untuk apa apa.. Cukuplah setakat ini kau sakitkan hati aku.. Aku sudah penat bersabar..



Aku yakin dan pasti kau mungkin menyimpan dendam atas kesalahan yang pernah aku lakukan mungkin? Aku sendiri tak pasti.. Tapi sekiranya betul, aku memohon ampun dan maaf di atas segalanya.. Aku hanya insan hina di muka bumi ini yang tidak lari dari melakukan sebarang kesilapan mahupun sebesar zarah... Kemaafan aku diterima atau tidak, itu terpulang lah.. Sudah lepas tanggungjawab aku memohon ampun dan maaf.....




Sekali lagi aku mohon dan merayu tolong jangan kacau blog aku lagi.... Tolong jangan tambahkan lagi sakit perit hati aku lagi... Cukup setakat ini sahaja... Syabas aku ucapkan kerna kali ini kau telah berjaya  membuat aku menitiskan air mata memikirkan apa masalah kau dengan aku... Terima kasih banyak banyak....






***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

Sabar memang satu ujian...

Seriously sebab kemarahan kesakitan hati yang telah lama ditahan, aku rasa nak meraung... Tapi, masih lagi ku tahan air mata ini dari keluar.. Disebabkan itu, sakit hati memang meluap luap.. Teseksa rasanya tak dapat nangis.. Ada sesiapa sudi dengar tangisan hati aku tak?? Haaaiihhh...


Serious penat tahan sabar and perit sangat tahan marah... Rasa macam mati laki! Okay bai!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kalau suka boleh LIKE....

Monday, September 19

Coming soon - Open house story

Letak satu gambar ala ala pre entry... eceehhh





Okayyy bai!


 


 ***the end***


 

Kalau suka boleh LIKE....

Try testing

Try publish guna barang baik pnyeee... Hiihii
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kalau suka boleh LIKE....

Contest : I'm proud to be a Muslimah



INI STICKY POST.. SCROLL BAWAH UNTUK NEW ENTRY


Hoho.. Monday blues come again! Mengantuk jangan cerita lah.. I tak boleh tidur la uolls.. Mungkin sebab somi somi i tak perform sangat malam tadi.. Sedih taw uols.. Okay! STOP it! Just nak straight to the point.. Memandangkan aku telah di tagged oleh Cik Ana .., and contest nie nampak menarik.. So, aku join... Nie first time aku join contest sebab aku memang jenis tak suka nak buat benda jadah jadah nie.. Hekhekhek



SYARAT 2 : Banner Contest : 14 September until 14 October

Click banner for link






Syarat 1 - 2 seriously senang.. Syarat 3 nak tag orang nie aku fail sikit... keh keh keh Syarat ke-4 dalam process.. Syarat 3, 5, 6, 7 as per listed bellow.. Eceeehhh




*********************************************************


SYARAT 5 : LISTKAN HADIAH YANG DIKEHENDAKI


Pertama:
x1 Long Sleeve lycra maxi dress - Anaf Marketing
x1 tudung - Naura Fashion
x1 gypsy crumple shawlAidaRabbaniyin
x1 purse - Jom Chantek Chantek


Kedua:
x1 baju kurung moden - Elhyatt Bizz Collection
1 tudung & x1 assesories - Happy Qlasik

ketiga:
x1 inner neck - Zara Hijjab
x1 dress - Jom Chantek Chantek
x1 tudung syria yuna - Eila Cuteness Shoppe

keempat:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet
x1 tudung - Ainz Eshop


kelima:
x1 satin shawl & x1 brooch - Nia Collections
x1 tudung - Ainz Eshop


keenam:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
 x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet


ketujuh:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 purse - Jom Chantek Chantek

x1 shawl - 
Zara Hijjab


kelapan:
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 shawl - Zara Hijjab
x1 brooch - 
Tri Fa


kesembilan:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 purse replika coach -  Anything Shop

x1 brooch - 
Tri Fa


kesepuluh:
x1 satin shawl - Anything Shop
x1 coklat cadbury - Afiq
Nie list hadiah yang aku nak.. Ecehh macam boleh dapat! Mimpi!



*********************************************************

Syarat 6: Doodle / Cartoon Muslimah

konon konon aku.. eceeh


*********************************************************


Syarat 7 : CIRI CIRI SEORANG MUSLIMAH

Bagi aku ciri-ciri seorang muslimah bukan lah sekadar teletak pada luaran sahaja.. Bukan sekadar menutupi aurat sahaja.. Malah dari segi percakapan, pergaulan dan sebagainya haruslah dijaga.. Ni aku nak share serba sedikit ciri-ciri seorang Muslimah



1) Mencintai Allah dan Rasul

2) Mentaati Ibu dan Bapa

3) Taat pada suami

4) Banyak amalan sunnah

5) Bercakap dalam suara yang rendah

6) Tidak ketawa terbahak-bahak

7) Sentiasa menjaga batas batas pergaulan

8) Menerima dugaan sebagai ujian dari Allah

9) Senyumannya adalah ketawanya..

10) Tidak menolak poligami



*********************************************************


SYARAT 3 : TAG 3 BLOGGERS

Okay.. Nie pendapat aku lah dari hasil carian google and dari segala sumber yang ada.. 
Last but not least 3 blogger yang akan di tag ialah:-






Okay done!






***the end*** 


 

Kalau suka boleh LIKE....

Orang kata "Cakap besar memakan diri..." Ehhh #1

 4    -    0              

Amboii bukan main laju lagi memasing membahan kannnn... 2 players had been sent off... Apa punya game laa.. Seriously somi somi i dalam masalah sekarang... 2 kali kalah turut turut.. hope dapat cover untuk next match.. Jaga diri sayang sayang kuu... T________T



Once a RED always a RED

YNWA!






***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

Saturday, September 17

Saya sedang BUSY! Serious

Sedang jari jemari ini menaip sambil itu juga lah aku sedang menanti kehadiran kawan yang ajak pogi open house tapi tak sampai sampai lagi.. Dengan kesabaran yang ada dalam diri, ianya dapat lagi dipujuk dengan kehadiran bakal barang baru sebentar lagi yang sepatutnya sampai hari jumaat tapi tak jadi.. Eh apa merepek nie..



Actually aku busy sikit weekend nie.. Semalam hari Malaysia.. So, nak wish juga Selamat Hari Malaysia kepada semua.. Semalam dah sakan berjalan.. Hari ni pun duk tengah menunggu entah jadi entah tidak.. Gamba raya pun dah malas nak upload.. Okay monolog sendirian.. Okay bai!


Oh yee.. Cik Ana ada tagged aku kat contest.. Esok esok lah hapdet.. Btw, tanx Cik Ana!



p/s: Kawan aku segan nak keluar bedua dengan aku....





***the end***


 

Kalau suka boleh LIKE....

Thursday, September 15

Bersabarlah duhai hati....


 
 
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).


 Surah ali-Imran : 200

 Menjadi sebahagian daripada alam blogger ini memerlukan kesabaran yang cukup tinggi.. Duhai hati.., bersabarlah sayang.. Kerana kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil..... AMIN.....





***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

Spontaneous Thursday #1


The Vampire Diaries premiere Thursday,
Sept. 15 at 8/7c!


 Malam ini weeyhh!


p/s: Barang baik sampai esok!




***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

Tuesday, September 13

Nyawa vs Mudah

AMARAN: Entry ini mungkin sedikit panjang.. Sedikit je lah..



Kekadang aku tak paham betul dengan sesetengah orang yang mengamalkan sikap ambil mudah dalam setiap perkara termasuklah nyawa sendiri.. Kekadang dorang nie bukannya apa.. Nak permudahkan kerja.. Nak percepatkan masa.. Persoalannya sekarang kenapa perlu ambil jalan pintas tapi membahayakan nyawa sendiri? Tak payah nak berani mati sangat lah....!!



Sebelum aku bebel panjang panjang., aku nak share sedikit tentang al-dharuriyyah al-khamsah... Okay.. Mungkin yang tak pernah dengar word nie rasa apa benda lah si ina nie duk merepek segala bagai.. Nak tahu maksud teruskan lah membaca yee... Kali nie aku nak jadi ala ala ustazah tak bertauliah sekejap.. hakhakhak



Dari ilmu yang telah aku kaut sem lepas, so aku nak share sedikit sebanyak dengan semua orang yang membaca belog hingusan aku ini.. Kita sebagai umat Islam perlulah menjaga lima perkara yang terkandung dalam al-dharuriyaah al-khamsah.. Maksud nie korang google lah.. Yang aku tahu al-dharuriyyah nie merupakan salah satu element dalam Maqasid Syariah.. Sorry ye kengkawan. aku serius lupa!





Apa yang aku tahu ada lima asas al-dharuriyyah al-khamsah... Pertama ialah AGAMA.. Kedua ialah NYAWA... Ketiga ialah AKAL.. Keempat ialah MARUAH.. Lastly is HARTA




1) AGAMA

Agama atau dalam bahasa arabnya al-din.. Agama merupakan perkara paling utama yang perlu dipertahankan oleh setiap umat Islam.. Kita sebagai umat Islam memang diwajibkan mempertahankan agama.. Jangan pandang sambil lewa bila agama Islam seolah olah dipijak pijak.. Ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.. 


Okay! Mungkin orang akan ingat pertahankan agama hanya setakat bila orang duk pie kutuk Islam baru kau nak bunyi segala bagai padahal diri sendiri entah kemana!


Ingat sikit.. Pertahankan agama bukan setakat itu sahaja.. Ianya dah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk pertahankan agama sebagai individu Muslim seperti kewajipan menunaikan solat lima waktu.. Penuh ke tak dalam sehari? ke lubang sana sini.. puasa? zakat? haji? *peringatan kat diri sendiri jugak*


Kalau Islam dalam diri tak boleh nak pertahankan, macam mana nak pertahankan Islam secara keseluruhannya? *peringatan kat diri sendiri lagik*






2) Nyawa

Nyawa seharusnya dipertahankan oleh setiap orang.. Protecting everyone's life is equally important and menjadi kewajipan kepada setiap individu dan juga masyarakat.. Sorry aku terpaksa campur aduk english malay.. Al-maklumlah belajar in english.. Bila nak duk tafsir in malay tue jadi lembab sikit.. kahkahkah


Kat sini aku nak cerita kenapa hukum hudud diwujudkan dalam kes pembunuhan.. Hukum hudud nie, kalau orang tue didapati bersalah membunuh seseorang, pembunuh itu akan dihukum bunuh.. Nie adalah untuk menghalang kes pembunuhan berlaku kepada orang lain pulak.. Biasanya orang kalau dah sekali membunuh, akan berani untuk melakukannya sekali lagi.. 


Oleh itu, aku sertakan sekali surah al-Baqarah: 179

"And there is for you in legal retribution (saving of) life, O you (people) of understanding, that you may become righteous."

"Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa."



Okay! Yang lagi tiga aku rasa nanti aku share.. Perkara kedua yang harus dipertahankan oleh setiap Muslim ialah Nyawa kan? So, sekarang nie aku tak paham kenapa sesetengah orang sanggup ambil jalan pintas untuk memudahkan perjalanan dorang.. Aku rasa semua orang tahu bahawa dosa bagi seorang Muslim commit suicide.. 





Aku yakin korang pasti pernah lihat situasi orang melintas jalan besar dengan kenderaan punya superb busy bawak laju laju macam tengah lumba F1.. Si pelintas tak reti-reti nak guna jejantas WALAUPUN jejantas tue depan bijik mata dia.. Dia lebih rela lintas jalan superb busy + bahayakan nyawa + bagi orang trauma + bagi orang jerit-jerit + melambatkan masa orang lain sebab terpaksa settlekan dia if dia kena langgar..




Apa punya jenis manusia pun aku tak paham.. Bila kemudahan takde, duk pie sibuk mintak + pungpangpungpang sana sini selagi tak dapat.. Bila dah dapat.., bila dah ada..., tak reti nak guna.. Reti nak rosakkan nombor satu! Aku paling anti kalau tengok orang lintas jalan besar tak guna jejantas.. Sekarang kalau jalan kecik tapi superb busy, mesti akan ada zebra crossing.. Koman koman pun ada la lampu isyarat kan.. Walaupun sesetengah pemandu nie bukan reti reti nak paham orang nak lintas jalan..



tak ke menempah maut namanya nie

Aku jadi emo macam nie sebab benda macam nie pernah jadi depan mata aku.. Bukan orang mati kena langgar.. Tapi orang lintas jalan tanpa guna jejantas.. Tak kurang juga yang tunjuk hebat lintas landasan train.. Ini memang hebat! Aku memang superb tak paham and tak boleh nak paham lah.. Dah pasaipa lah nak bahayakan nyawa sendiri.. Dah sah sah train confirm confrim delay.. Mana nak tahu bila dia nak sampai kan? Mana lah kita nak tahu bila dia nak lalu kan?





Aku terpikir nak buat entry nie sebab aku ternampak tembok yang telah dibina di sekitar landasan train yang ada apartment tepi landasan kat area-area LRT Bangsar tue.. Kalau korang perasan lah.. Ke aku je baru perasan? Gila tak perihatin aku nie.. Dalam hati aku just cakap "Alhamdulillah.. Tiada lagi orang gila nak buat kerja bukan bukan lagi lepas nie.. Aku dah lama tak naik train.. Dulu pernah ada kes orang digilis train dekat landasan Segambut.. al-fatihah ke atas arwah...


Semoga kita sentiasa menjaga diri dan berwaspadalah.. ehh..!

Gamba credit to google

Kalau ada kesalahan sila lah perbetulkan.. Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan... :)



p/s: Tak sabar nak tunggu jumaat!! ada barang baru baikkk punyaa!



 


 ***the end***


 

Kalau suka boleh LIKE....

I hope kali ni u layan la blind date...plzzz...sekali ni je :)

AWAS! Ini entry emo.. Kalau tak suka click X..


Orang kata berkawan biar beribu bercinta biar satu.. Okay! Memang betul.. Tapi zaman sekarang nie ingat senang-senang ke nak percaya kat semua orang.. Orang zaman sekarang tak macam orang zaman dulu.. Tak payah cite lebat la kalau korang kata korang baik.. puiiiii! Orang jahat sentiasa nak mengaku baik.. 



 



Aku memang tak kisah orang nak add aku kat facebook ke.. YM ke... Follow aku kat twitter ke.. Kawan-kawan blogger ke.. Seriously aku tak kisah.. Tapi, perkenalan tue mungkin setakat dekat laman web social nie je la.. Kat luar memang belum tentu lagi..  Jangan berharap sangat mungkin?



Baru kenal tak sampai 1 bulan, kau dah nak ajak jumpa segala bagai.. Sorry la weyh! Aku malas nak layan..



Jejaka 1: eh u, bila nk jmpe nie?

Jejaka 2: ehmm.., agaknya bila kita boleh lepak sama tengok bola? *ayat pancing* pfffftttt!


Aku tahu aku minat bola.. Aku kipas susah mati Liverpool.. Tapi tak bermakna korang boleh suka suka nak ajak aku tengok bola tanpa aku kenal siapa kau! Kenal setakat dekat fb, twitter and tak sampai setahun tak payah la nak berangan sangat... Eh aku lepak mamak tengok bola pun dengan kengkawan aku lah.. Tak ingin aku tengok bola dengan orang yang aku tak kenal asal usul.. Memang tak laaa!



Jejaka 3: I hope kali nie u layan blind date.. please... sekali ni je..

Banyak lah kau punya sekali nie je.. Esok esok kau ajak lagi kan? Mimpi di siang hari je la weh! Blind date nie bukan boleh percaya sangat..



takde kene mengena pun


Mungkin sesetengah orang fikir, maybe aku nie ade bad experience tentang blind date nie.. Eh, tidak.. Aku tak pernah percaya pasal blind date segala bagai.. Bukan semua orang jujur.. Bukan semua orang boleh percaya.. Aku pernah je pergi blind date.. TAPI, aku akan bawak kawan or teman.. But now, aku da malas nak layan benda jadah blind date semua nie.. 



Orang zaman sekarang nie memacam dorang boleh buat.. Dah banyak dah kes aku dengar keluar di dada dada akhbar.. Paling banyak kes kena tipu.. Tue la pasaipa duk pie percaya sangat.. 


Tak dinafikan.. Aku ada jugak kawan yang aku kenal dari YM and FB yang aku pernah jumpa dorang.. Means aku layan jugak lah blind date nie.. TAPI setelah beberapa tahun aku kenal dorang baru aku jumpa..Sebab?



1) Dorang ajak jumpa after dapat tahu aku confirm single..
 2) Dorang reti respect time aku ada boifend dulu, dorang tak pernah mintak phone number ponggg!
3) Dorang memang sporting habis and superb gentleman laaa!


Korang tak payah gatal-gatal layan blind date la!
Okay bai! abes dah emo aku..
Pics: credit to google
p/s:  Aku lapar!
 



***the end***




Kalau suka boleh LIKE....

5 things that I craving the most!

 1) Domino's Pizza


Seriously last aku makan Dominos nie entah tahun bila.. Tapi tue lah first time aku makan and the last time aku makan.. Masa tue seriously aku rasa tak sedap langsung! That time aku rasa Pizza Hut lagi sodap.. Bila ramai kengkawan aku kata Dominos nie sedap gila, aku jadi conpiuss.. So, now dorang da buat aku craving gila bab... Dah lama gila nak melantak benda nie sampai sekarang tak dapat dapat lagi.. Tengah tunggu Dato' belanja! Ewaaahhh



2) Korean Food


Aku bukan peminat K-POP langsung! Tapi aku teringin gila nak makan korean food.. Nie semua gara-gara aku tengok JJCM last 2 weeks kot.. Yang si Qi duk pie promote Restaurant Potato Spring dekat Sri Gombak.. Dahh kecur liur aku nak makan kat situ.. Nampak cam sodap jee.. So, memang craving gila! Sesiapa yang nak terasa nak bawak aku, do let me know okay.. hakhakhak




3) Tutti Frutti


Mungkin orang lain dah 40 juta kali pergi tutti frutti.. Aku sekali pun belum pernah lagi.. Aku dengar cerita kat seksyen 7 Shah Alam dah ada satu tutti frutti.. Haiih kenapa cepat sangat aku habis belajar! Sigh! Sigh!




4)  Lemang


Disebabkan raya ritue aku hanya beraya di KL sahaja, so memang tak jumpa la lemang kan.. Actually aku suka jugak makan lemang.. Kalau balik Melaka or Pahang mesti dapat jumpa la kat rumah orang.. Hak3 Dulu time arwah atok aku ada, dia mesti bakar lemang malam raya.. Sudah menjadi kewajipan lah bagi dia.. Ouuhh rinduuu!

 



5)Kuih muih import khas dari Sabah

Kuih Cincin


Batang buruk
2 jenis kuih yang aku suka gila and sekarang tengah duk order dari member aku kat Sabah.. Yang best pasal batang buruk sabah nie dia punya serbuk superrbbb!! and batang buruk dia kecik-kecik.. Superb comel!! Sudah semestinya rangup rangup macam makan keropok!

Kuih cincin tue pun first time aku makan this year kalau tak silap.. Housemate aku dengan rajin membawa kuih muih Sabah untuk kiteorang rasa.. Aku suka gila sebab rasanya sedap laa... hakhakhak  Okay bai!



p/s: tambah satu lagi.. Aku nak French Toast!





***the end***




Kalau suka boleh LIKE....